LATEST
National

Jangan stres, tidur awal dan buat yang terbaik – Pesanan Fadhlina buat calon SPM

Jangan stres, tidur awal dan buat yang terbaik – Pesanan Fadhlina buat calon SPM

KUALA LUMPUR: “Jangan terlalu beri tekanan kepada diri sendiri, tidur awal dan rehat secukupnya.”

Itu pesanan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menduduki ujian bertulis bermula esok selepas melalui ujian bertutur dan amali sebelum ini.

Baca juga: Geng Bertopeng Curi Kabel Di Kuala Lumpur

Menerusi pesanan di Facebook, Fadhlina mengingatkan calon supaya tidak terlalu memikirkan tekanan peperiksaan, sebaliknya memasuki dewan dengan hati tenang dan yakin terhadap segala usaha yang dilakukan selama ini.

“Anak-anak, selepas melalui ujian bertutur dan amali, esok bermulalah pula peperiksaan bertulis. Mesti macam-macam perasaan sekarang kan?

“Saya nak pesan, jangan terlalu beri tekanan kepada diri sendiri ya. Malam ini tidur awal, rehat secukupnya dan masuklah ke dewan peperiksaan esok dengan hati yang tenang.

“Percayalah pada segala usaha yang anak-anak lakukan selama ini,” katanya.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa dan guru supaya terus memberikan semangat serta mendoakan anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan.

Katanya, calon perlu sentiasa merasakan bahawa mereka mendapat sokongan orang sekeliling dan mengetahui bahawa usaha mereka tetap dihargai tanpa mengira keputusan yang bakal diperoleh.

“Buat ibu ayah dan guru-guru, teruslah beri semangat dan titipkan doa. Anak-anak kita perlukan keyakinan bahawa apa pun keputusannya nanti kita tetap bangga dengan usaha mereka.

“Selamat maju jaya, anak-anak! Buat yang terbaik. Saya sentiasa mendoakan kalian,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news