LATEST

Waspada akaun palsu KSU perbendaharaan di Threads

Waspada akaun palsu KSU perbendaharaan di Threads

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan akaun palsu di platform Threads yang menggunakan nama serta gambar Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Baca juga: Kekalahan bukan noktah, perjuangan Amanah baru bermula – Mujahid

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di Facebook hari ini meminta orang ramai tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi atau berinteraksi dengan akaun berkenaan.

“MoF turut menggesa orang ramai agar tidak mengikuti, mempercayai atau menyebarkan sebarang kandungan daripada akaun palsu tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan penyalahgunaan identiti.

“Pastikan setiap maklumat yang diterima disemak melalui saluran komunikasi rasmi Kementerian Kewangan,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut memuat naik tangkap layar akaun palsu tersebut yang menggunakan nama dan gambar Johan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news