LATEST
Current Affairs

Pearly-Thinaah lengkapkan kejayaan berganda Malaysia

Pearly-Thinaah lengkapkan kejayaan berganda Malaysia

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah melengkapkan kejayaan berganda Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong selepas muncul juara acara beregu wanita pada Ahad.Kejayaan itu menyusul selepas beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terlebih dahulu menamatkan kemarau 27 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki pada kejohanan berkenaan.Pearly-Thinaah yang turun selaku pilihan kedua kejohanan mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan beregu Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi yang menghuni ranking ke-11 dunia pada aksi final.Pasangan negara itu tidak berdepan masalah besar untuk menoktahkan kemenangan straight set 22-20, 21-16 dalam tempoh 40 minit sekali gus mengesahkan kejuaraan.Kejayaan di Hong Kong turut menyaksikan Pearly-Thinaah mencatat penampilan kelima di pentas final musim ini selain ia gelaran ketiga musim ini buat pasangan di ranking keempat dunia itu selepas turut menjuarai Indonesia Masters dan Terbuka Denmark.

More in Current Affairs

View all

Latest news