Mas Idayu Perjelas Dakwaan Tak Sensitif Isu Rawatan IVF Janna Nick – “Netizen Tak Patut Sentuh Perkara Itu”

Mas Idayu Perjelas Dakwaan Tak Sensitif Isu Rawatan IVF Janna Nick – “Netizen Tak Patut Sentuh Perkara Itu”

Penyanyi, pelakon dan juri tetap program hiburan Famili Duo Musim Ke-4, Mas Idayu menepis dakwaan kononnya dia tidak sensitif mengenai isu rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) yang dilakukan Janna Nick.

Katanya, dia sama sekali tidak mengetahui isu yang timbul membabitkan pelantun lagu Gatal-Gatal itu.

Malah, kenyataan berbalas komen pada program yang disiarkan secara langsung itu hanyalah sekadar bentuk gurauan semata-mata.

“Serius saya tak tahu. Kenyataan itu sekadar membalas kenyataan dia sahaja. Bukan apa yang dimaksudkan netizen mengenai isu TTC Janna.

“Serius saya tak tahu langsung mengenai isu itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy berkata, netizen tidak seharusnya mengaitkan isu sensitif itu dengan kenyataan yang diberikannya ketika program tersebut berlangsung.

Ini kerana, Janna masih mempunyai harapan yang cerah untuk mendapatkan zuriat memandangkan usianya yang masih muda.

“Mummy rasa netizen tidak seharusnya cakap seperti itu. Atau menyentuh soal itu memandangkan dia masih muda.

“Dan, peluang untuk hamil itu besar,” jelasnya.

Meskipun sering dilihat berbalas kenyataan pada program tersebut, Mas Idayu mengaku tidak pernah wujud perselisihan faham antara dia dan Janna.

Namun, dia tidak mahu teguran mahupun komen yang diberikan itu dianggap seperti ‘main-main’ dek kerana ia boleh kenjatuhkan kredibiliti juri.

“Kalau awak tengok, bila mummy marah memang betul marah. Tapi macam dia pandai ambil hati mummy. Kadang bila terlebih bermain dia fikir dan orang lain juga fikir kami (juri) main-main dan ini sekaligus boleh menjatuhkan kredibiliti juri.

Terdahulu, Janna berseloroh mengatakan Mas Idayu tidak boleh hamil memandangkan usianya kini sudah mencecah 50 tahun.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah ketika pelantun lagu Selangit itu membalas kenyataan Janna dengan mengatakan aktres itu juga tidak boleh hamil akibat menopause dan bukannya seperti didakwa netizen.

Scroll to Top