Masih di Indonesia, netizen persoal Baby Shima -“Tak mengundi ke?”

Masih di Indonesia, netizen persoal Baby Shima -“Tak mengundi ke?”

Sebut sahaja nama penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima pasti ramai mengenali figura ini kerana sering menjadi bualan hangat ramai baik dari segi penampilan atau aksi gelakan manja di media sosial.

Sekiranya anda mengikuti media sosial Baby Shima yang juga seorang pelakon, mesti tahu bahawa dia kini sedang berada di negara jiran iaitu Indonesia bagi memenuhi jemputan dan tuntutan kerjaya sebagai anak seni.

Selain itu, pemilik nama Nor Ashima binti Ramli  berkongsi jadul kerjaynya di mana bakal mengadakan persembahan iaitu Konser Musik Persembahan Untuk Hari Lahir ke-19 KSB Tercinta.

Difahamkan, persembahan tersebut akan berlangsung pada malam ini di Sumbawa Alun Alun Kota Taliwan, Lombok, Indonesia.

Perkongsian penyanyi berusia 30 tahun itu mendapat sambutan positif di kalangan netizen Indonesia di mana mereka tidak sabar untuk menonton persembahan Baby Shima.

Akan tetapi, hantaran yang dikongsikan di laman TikTok menerima reaksi sebaliknya di mana rata-rata netizen mempersoalkan sama ada Baby Shima turun mengundi atau tidak. kelmarin bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menerusi video dimuat naik, Baby Shima dilihat memakai tshirt berwarna biru muda lembut sedang menari di hadapan Litar Jalan Antarabangsa Mandalika sambil menulis dia tidak pening memikirkan tentang keadaan politik antara Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

@babyshimaofficial

Sumbawa Indonesia ketemu shima malam ini!! kita goyang bareng!! #babyshima #fyp #indonesia #sumbawa

♬ Sejenak Sendiri – Baby Shima

Rata-rata netizen Malaysia menegur dan mempersoalkan sama ada pelatun lagu berjudul Sejenak Sendiri itu turun mengundi atau tidak. Malah, ada juga mempersoalan kerakyatan penyanyi tersebut.

Sumber: TikTok @babyshimaofficial