Jodoh, ajal dan rezeki sememangnya sudah ditentukan oleh Maha Pencipta. Jika Dia mengatakan jodoh kita masih lagi panjang, tiada apa yang dapat menghalang untuk dua insan bersatu semula.
Perpisahan yang berlaku dalam perkahwinan sudah tentu amat menyakitkan buat mereka yang masih mempunyai rasa sayang terhadap pasangan.
Jadi, jika jodoh tersebut masih ada, tidak salah rasanya untuk masing-masing menurunkan ego dan muhasabah diri bagi memperbetulkan semula hubungan demi anak-anak.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nad_ieyya apabila mengajak bekas suaminya untuk rujuk semula selepas 10 tahun bercerai.
@nad_ieyya After 10 years divorce and finally aku decide ajak dia kawin .. sorry and thanks even 10 kali aku buang kau dalam life aku tapi until now kau still tunggu aku ..🥺🥲 sorry ..😔 #takkansiakandia #fyp
Melihat perkongsian yang dibuat, dia telah mengajak bekas suami untuk kembali bernikah dan bertanyakan persetujuan lelaki itu menerusi tangkapan layar perbualan WhatsApp.
Menerusi balas mesej yang dihantar, lelaki itu pada awalnya masih tidak percaya dan akhirnya bersetuju kerana mengakui masih menyayangi wanita berkenaan sehingga tidak berumahtangga lagi walaupun sudah sedekad berpisah.

Walaupun ada yang mengatakan perbualan tersebut hanya rekaan, pengguna TikTok itu menegaskan yang ia memang berlaku dan dia sedang dalam perancangan untuk kembali bersatu dalam masa terdekat ini.
Ia juga dikuatkan lagi dengan komen daripada kenalannya yang mendoakan agar hubungan wanita tersebut dengan bekas suami kembali lancar dan menitipkan beberapa pesanan buat mereka.






Â
Sumber: TikTok @Nad_ieyya94
