‘Mat’ Kilau tunai tanggungjawab mengundi

KUALA LUMPUR – ‘Mat Kilau’ atau Datuk Adi Putra selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Menerusi Instagram miliknya, tunjang utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memuat naik foto jarinya berdakwat awal pagi tadi.

“Selamat mengundi, Malaysia! #taatpadayangsatu,” demikian coretan ringkas Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 41.

Adi yang merupakan selebriti kelahiran Singapura itu mengumumkan dalam laman Instagram miliknya pada April 2018 bahawa beliau telah menerima taraf warganegara Malaysia.

Selain Adi, isteri dan anak-anaknya turut memperoleh kewarganegaraan Malaysia.

September lalu, Adi Putra telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor. – MalaysiaGazette