Mayat terapung disyaki mangsa bunuh

Mayat terapung disyaki mangsa bunuh

am@hmetro.com.my

Jitra: Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui terapung dengan kesan luka di belakang badan dan kepala di

Pida 1 Tok Tambak, Mukim Tunjang, di sini, semalam disyaki mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil laporan bedah siasat terhadap mayat lelaki berkenaan mendapati terdapat luka di bahagian paru-paru akibat kesan tikaman.

Beliau berkata, berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun siasatan masih dilakukan dan tiada tangkapan setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan, mayat seorang lelaki ditemui terapung di tali air Pida 1 Tok Tambak, Mukim Tunjang, dengan kesan luka di belakang badan dan kepala.

Polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.28 pagi berhubung penemuan mayat berkenaan dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk melihat keadaan mayat berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih daripada tempoh 24 jam kerana keadaan mayat.

Pada mulanya kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top