Pengacara Nabil Ahmad menitipkan doa buat rakan-rakan selebriti yang mengikuti kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju Gaza.
Memetik BH Online, Nabil berkata dia dan rakan penyampai cuba menghubungi penyanyi, Zizi Kirana, pagi semalam namun tidak berjaya serta difahamkan kapal dinaiki sedang diawasi dron.
BACA: Zizi Kirana Selamat Tiba Di Tunisia, Misi Ke G Semakin Dekat
“Kami cuba telefon Zizi sekitar jam 7.30 pagi, tetapi tidak dapat. Difahamkan, kapal mereka sedang diawasi dron, jadi sebarang komunikasi keluar masuk tidak dibenarkan.
Cuma sekitar jam 6 pagi, kami terima ‘voice note’ daripada Zizi yang memaklumkan memang mustahil untuk berhubung ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Nabil turut memohon orang ramai untuk mendoakan keselamatan buat mereka yang terlibat dan sudah pasti kita mahu mereka pulang dengan selamat.
“Yang kita mampu lakukan sekarang adalah berdoa. Doa agar mereka dapat sampai ke Gaza dengan selamat untuk menyempurnakan misi menghulurkan bantuan.
“Apa yang mereka lakukan bukan kecil nilainya. Mereka korbankan nyawa, masa dan harta di jalan Allah untuk membantu saudara kita di sana. Sebagai kawan, sudah tentu kita mahu melihat mereka selamat kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.
Baru-baru ini, Ziz berkongsi pengalaman cemas apabila konvoi mereka semakin kerap diekori dron serta berdepan beberapa letupan di perairan antarabangsa.
Sumber: BH Online




