LIONEL Messi telah memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak lapan kali sepanjang kariernya, tetapi satu anugerah masih belum dirangkul pemain Argentina itu.
Pemenang Piala Dunia dan Liga Juara-Juara sebanyak empat kali itu masih belum dapat meraih anugerah Kaki Emas.
Mula diperkenalkan pada tahun 2003, anugerah tersebut bertujuan untuk memberi penghormatan kepada pemain berumur 28 tahun ke atas.
Di bawah peraturan anugerah, pemain hanya boleh menerima anugerah sekali sahaja dalam karier permainan mereka.



