MG terima kunjung wakil BDB

MG terima kunjung wakil BDB

KUALA LUMPUR – Beberapa wakil dari syarikat hartanah, Bina Darulaman Berhad (BDB), mengunjungi pejabat portal Malaysia Gazette, di sini, hari ini.

Rombongan yang diketuai Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed tiba kira-kira jam 11 pagi dan diberi taklimat mengenai pengoperasian berita oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Gazette, Noraini Razak.

Selepas taklimat, Sajahan bersama Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan, Danial Harith Ahmad Shariffudin turut menyampaikan pek makanan bagi meraikan sambutan ulang tahun kesembilan MalaysiaGazette.

Sekitar perjumpaan Ketua Bahagian Komunikasi Bina Darul Aman Berhad, Sajahan Abdul Waheed dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak di Pejabat Malaysia Gazette Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 OGOS 2022

BDB adalah anak syarikat kerajaan negeri Kedah dan banyak terlibat dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi golongan memerlukan. – MalaysiaGazette