Momen Sultan Mizan ke Restoran CZN Burak raih perhatian -“Alhamdulillah Tuanku sihat dah…”

Momen Sultan Mizan ke Restoran CZN Burak raih perhatian -“Alhamdulillah Tuanku sihat dah…”

Perkongsian video chef selebriti terkenal dari Turkiye, Burak Özdemir atau lebih dikenali sebagai CZN Burak, ketika menyambut keberangkatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di restorannya mencuri perhatian netizen Malaysia.

Sultan Terengganu ke restoran chef terkenal Turkiye

Sultan Mizan sebelum ini disahkan selamat menjalani rawatan susulan yang dijadualkan oleh pasukan perubatan di luar negara dan kini sedang berehat.

Menerusi hantaran di Instagram, CZN Burak dilihat menyambut ketibaan baginda dengan penuh mesra sambil menyembahkan sehelai apron istimewa. Sultan Mizan pula tampil santai mengenakan kemeja polo serta berseluar kasual.

“Selamat datang ke restoran kami, Tuanku!” tulis CZN Burak menerusi kapsyen hantaran berkenaan.

Alhamdulillah, Daulat Tuanku

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian netizen Malaysia yang rata-rata meninggalkan pelbagai reaksi positif di ruangan komen.

Keadaan Sultan Mizan yang kelihatan ceria dan tenang ketika berada di restoran berkenaan turut melegakan rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.

Momen Sultan Mizan ke Restoran CZN Burak raih perhatian -“Alhamdulillah Tuanku sihat dah…”

Alhamdulillah sultan sihat dah

Semoga Sultan terus sihat

Semoga tempoh rehat dan pemulihan Sultan Mizan berjalan lancar serta baginda terus dikurniakan kesihatan yang baik.

Sumber: Instagram cznburak

Scroll to Top