Morbidelli sertai Ducati-VR46

Morbidelli sertai Ducati-VR46

Spielberg bei Knittelfeld: Penunggang Itali, Franco Morbidelli, akan berpindah ke pasukan Ducati-VR46 milik Valentino Rossi dalam saingan MotoGP musim depan.

Morbidelli, yang berusia 29 tahun dan juga bekas juara Moto2, kini beraksi untuk Ducati-Pramac dan berada di tempat ke-12 dalam kedudukan keseluruhan selepas separuh musim.

Morbidelli menamatkan saingan di tempat kedua dalam kejuaraan 2020 tetapi bergelut untuk mengulangi prestasi berkenaan, dengan hanya meraih satu podium sejak itu.

Walaupun menggunakan jentera yang sama dengan pendahulu MotoGP, Jorge Martin, Morbidelli ketinggalan 180 mata di belakang rakan sepasukannya dari Sepanyol itu.

Morbidelli akan bergandingan bersama Fabio Di Giannantonio di VR-46 musim depan.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top