Nabila Huda Profesional Lakon Babak Mesra Dengan Hun Haqeem

Pelakon Nabila Huda menyedari babak mesranya dengan aktor Hun Haqeem dalam drama Cela akan menjadi bualan netizen.

Memetik mStar Online, Nabila bagaimanapun menjelaskan babak mesra dengan aktor tersebut aalah untuk menghidupkan jalan cerita serta meminta tidak cepat menilai tanpa melihat mesej yang mahu disampaikan.

BACA: “Expect Saya Pakai Jubah Ke?” – Nabila Huda Sedih Jual Pasta Pun Dikecam

“Sebagai pelakon ketika berada dalam satu babak, saya bukan Nabila Huda. Semua sentuhan fizikal ada sebab dan konteks tersendiri.

“Bukannya saya suka-suka nak sentuh anak orang. Bila nampak babak bersentuhan, orang akan beri fokus pada situasi itu.

“Tapi sebagai pelakon saya melihat di sebalik babak. Apa yang dia cuba sampaikan. Itu lebih menarik untuk saya fikirkan,” katanya.

Sementara itu, Nabila berkta dia mengakui ada rasa kekok lakonkan babak mesra dengan Hun Haqeem namun mudah bekerjasama dengannya.

“Hubungan watak kami sangat rumit dan intim. Hun seorang pelakon yang profesional dan senang nak bergandingan sebab dia mendengar serta memberi.

“Memang ada rasa kekok dan gementar. Tapi bila faham babak dan tahu batas masing-masing serta tahu apa yang pengarah mahukan, ia sudah menjadi kerja,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top