Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra berkata dia memilih untuk mendirikan rumah tangga di usia 40-an kerana mahu tinggal bersama ibu bapanya.
Menerusi sesi siaran langsung yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, gadis berusia 15 tahun itu berkata dia mahu tinggal bersama ibu bapanya sehingga usia 30 tahun.
BACA: “Saya Memang Suka bercakap” – Qadejah Tak Kisah Digelar Aliff Syukri 2.0
Tambah Qadejah lagi, dia mahu melanjutkan pelajaran di luar negara dan jika mahukan apa-apa dia boleh meminta daripada ibu bapanya.
“Saya akan duduk rumah ini sampai 30 tahun, saya tak nak kahwin. Baik duduk dengan abah, tak payah bayar bil api air. Kalau nak baju, minta mama je.
“Kenapa saya patut duduk dengan orang lain? Saya ada mama abah. Saya rela duduk sini dari tempat lain. Saya nak belajar dan pergi luar negara. Kalau kahwin pun tunggu umur 45 tahun ke,” katanya.
Turut menjadi perhatian apabila Qadejah berkata tidak rugi dia berkahwin lambat kerana dia tinggal dengan ibu bapanya serta menyifatkan dirinya beruntung.
“Saya tak rugi, saya untung sebab tak perlu bayar apa-apa. Saya tak akan minta lelaki yang saya tak kenal untuk shopping. Kalau nak apa-apa saya minta abah je,” katanya.




