Nak hantar borang nikah, polis trafik beri ‘ceramah’ pasal rumah tangga di SJR

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat masih panjang berikutan kes harian Covid-19 kekal tinggi. Jadi, Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memantau pergerakan rakyat tetap diteruskan.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @rashidismailrashidismail telah memuat naik momen lucu ketika dalam perjalanan menghantar borang permohonan nikah.

Kenderaan yang dipandunya telah melalui roadblock dan anggota trafik sempat memberikan nasihat kepadanya mengenai alam perkahwinan.

 

 

@rashidismailrashidismail

Nak hantar borang nikah je tempuh roadblock , dengar nasihat dulu dengan abang jpj #fypシ゚viral #fyp #abang jpj

♬ original sound – Rashidismail Rashidi – Rashidismail Rashidi

Anggota polis trafik tersebut memberikan sedikit pesanan yang pastinya berguna untuk pasangan yang bakal berumah tangga terutamanya lelaki.

Antara pesanan yang diberikan adalah berharap para suami supaya menurunkan sedikit ego dan elakkan dari mempunyai ‘skandal’. Tanggungjawab yang dipikul seorang suami juga besar dalam keluarga dan selalulah amalkan solat dhuha agar rezeki keluarga terus dimurahkan oleh Allah S.W.T.

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan TikTok pengguna berkenaan dengan memuji pesanan-pesanan yang disampaikan.

Walaupun terlihat agak lucu kerana memberik ‘tazkirah’ di SJR, namun apa yang disampaikan sangat sesuai untuk pasangan yang akan berumah tangga kelak.

Anggota polis trafik tersebut turut meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kerana mendengar celotehnya yang sangat berguna itu dan tidak sangka ia tular di aplikasi TikTok.

Terbaik abang polis trafik!

Sumber: TikTok @razieka_ elliza TikTok @rashidismailrashidismail