PARIS: Paris Saint-Germain tersingkir daripada Piala Perancis hari ini apabila Marcin Bulka, penjaga gol mereka yang dipinjamkan ke Nice, menyelamatkan dua penalti seterusnya membawa pasukan itu ke kelompok lapan terakhir.
Nice, yang berkedudukan kedua di belakang PSG dalam Ligue 1, menenang 6-5 menerusi penalti selepas seri 0-0 pada masa sebenar. Ia akan menemukan mereka dengan Marseille, pasukan ketiga liga pada aksi suku akhir.
“Ia gila,” kata Bulka.
Undian lapan terakhir yang dibuat sebelum sepak mula, juga menemukan dua pasukan terakhir dari kelab divisyen empat, Bergerac dan Versailles.
Di Parc des Princes, kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang walaupun cubaan Kylian Mbappe, yang masuk pada 30 minit terakhir terkena palang pada tambahan masa.
“Kami lebih baik berbanding Nice,” kata jurulatih PSG, Mauricio Pochettino. “Kami berhak mendapat lebih baik, kami berhak menang. Tapi kami gagal mencipta peluang secukupnya untuk menang. Kami sepatutnya lebih berkesan di depan.” – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd
