Nik Akif berhijrah ke TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) menandatangani pemain baharu ketiga mereka iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat bagi menguatkan lagi posisi tengah bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC pada musim depan.

Nik Akif merupakan ‘ubi muda’ Kelantan kedua yang disambar TFC setakat ini selepas mengikat kontrak pertahanan tengah skuad The Red Warriors, Shahrul Nizam Ros Hasni pagi tadi.

“Kehadiran Nik Akif yang memiliki kualiti sebagai ‘arkitek’ dilihat mampu merencana dan memperkuatkan lagi jentera pasukan TFC. Pemain itu akan memakai jersi bernombor 22”, menurut kenyataan dikeluarkan media TFC sebentar tadi.

Sebelum ini, pemain itu yang pernah bermain bersama skuad senior kebangsaan diintai beberapa pasukan bagi mendapatkan khidmatnya termasuklah TFC.

Tetapi, pemain tengah itu tertarik dengan pengurusan pasukan TFC Sdn Bhd sebelum menandatangani kontrak selama dua tahun pada petang tadi.

Nik Akif dijangka akan bergandingan dengan seorang lagi pemain tengah kelahiran Kelantan, Faiz Nasir selain tonggak import yang belum diumumkan lagi setelah pemain kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov tidak lagi menyarung jersi skuad penyu itu musim depan.

Sumber: BH Online

Akmal Hakim
Sports Desk