Noh Salleh nafi culik anak angkat, mahu hak penjagaan sama rata

Noh Salleh nafi culik anak angkat, mahu hak penjagaan sama rata

Penyanyi Noh Salleh nafi culik anak angkat, Musa pada 19 Disember lalu seperti yang didakwa oleh bekas isterinya iaitu Mizz Nina.

Memetik laporan Kosmo!, Noh berkata dakwaan dia melarikan Musa adalah tidak benar sebaliknya ia sudah diketahui oleh Mizz Nina sendiri.

Noh Salleh nafi culik anak angkat

Foto: Kosmo! Online

“Saya dah dapat surat penyerahan daripada ibu kandung Musa dan Nina tak boleh mendakwa saya menculik Musa. Saya tak culik Musa, kalau saya culik pasti saya akan sorokkan dia.
“Saya pergi Sabah sebab ada persembahan dan saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya mencari Nina dan ajak dia berbincang untuk menjaga Musa bersama-sama,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding Sulh, hari ini.

Menurut penyanyi berusia 39 tahun itu, dia sudah berulang kali menyatakan mahu hak penjagaan Musa dibahagi sama rata dengan bekas isterinya.

“Kalau boleh nak jaga sama-sama, mahu 50-50. Ada sebab saya buat benda ini. Saya takkan suka-suka masuk campur hal rumah tangga orang.
“Semua untuk kebaikan Musa. Musa bukan anak dia (Mizz Nina),” ujarnya.

Vokalis kumpulan Hujan itu telah diwakili oleh dua orang peguam iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin.

Noh Salleh nafi culik anak angkat

Dalam pada itu, peguam mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman memaklumkan prosiding Sulh tidak akan berlangsung atas sebab penarikan semula kes penjagaan penuh Musa dan Inter-parte bagi penjagaan sementara daripada Nina.

Pada masa yang sama, Mizz Nina juga tidak menghadiri prosiding hari ini namun dia diwakili oleh suaminya iaitu Essam Muhammad.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh telah mengambil Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya pada 19 Disember lalu sewaktu dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Menurut Mizz Nina, tindakan Noh itu disifatkan sebagai pengkhianatan dan telah memberi kesan emosi kepadanya kerana Musa tidak pernah berjauhan dengannya selama ini.

Noh Salleh nafi culik anak angkat

Namun begitu, menurut Noh pula tindakannya itu langsung tiada unsur penculikan seperti yang didakwa kerana dia telah mendapat kebenaran daripada ibu kandung Musa.

Noh kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntuk oleh ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Menerusi hantaran di Instagram, Noh juga telah memenuhi beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini termasuk memadam gambar Musa di media sosial.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)