Nora Ariffin Fail Cerai, Dedah Mesej Isteri Pertama Desak Berpisah | Oh! Media

Nora Ariffin Fail Cerai, Dedah Mesej Isteri Pertama Desak Berpisah | Oh! Media

Nampaknya kisah rumahtangga penyanyi popular, Datuk Nora Ariffin kembali diperkatakan apabila penyanyi itu fail cerai.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Nora memaklumkan terpaksa berpisah untuk menunaikan hajat madunya.

Nora tunai hajat isteri pertama, berpisah bukan kerelaan hati

Penyanyi ini turut mendedahkan mesej dihantar madunya memaklumkan suami mereka, Dr Rushdi Ramli akan kembali monogami.

Jelas Nora lagi, keputusan bercerai dibuat bukan di atas kehendak hatinya seperti mana perpisahan yang pernah berlaku sebelum ini.

Menurutnya, sebelum ini suaminya juga telah didesak oleh isteri pertama untuk menceraikan dirinya.

”Moga doa Ustazah Rose Aliza makbul”

Dalam hantaran itu, Nora berharap doa madunya, Ustazah Rose Aliza supaya mereka berpisah termakbul.

Nora juga berharap suaminya dapat melafazkan talak seperti yang dikehendaki isteri pertama.


Scroll to Top