Baru-baru ni kecoh di TikTok bila pelakon popular, Nora Danish, muat naik satu video pendek yang menimbulkan tanda tanya ramai. Dalam video tu, Nora dilihat sedang mencium kopiah putih yang diletakkan dalam beg kuning, dipercayai sebagai sebahagian daripada usaha affiliate untuk jual produk tersebut.
Tapi lain pula jadinya bila aksi tu tak kena di mata segelintir netizen. Ada yang rasa benda tu agak janggal, terutama bila dikaitkan dengan imej Nora yang sekarang sudah berhijrah.
Netizen persoal tindakan Nora Danish…

Dekat Threads, ramai yang mula suarakan rasa tak selesa dengan tindakan pelakon tu. Ada yang siap tinggalkan komen pedas, mempertikaikan kenapa perlu cium kopiah semata-mata untuk jual produk.
Bertutup litup tapi tiba cium kopiah, sangat pelik. Kopiah pak hang ka? Kopiah anak hang ka? Tapi kalau kopiah boyfriend tak usah lah kak.- Tulis seorang netizen.
Ada juga yang bimbang aksi tu boleh timbulkan fitnah, apatah lagi Nora sendiri merupakan seorang public figure yang ramai orang ikut.

Ada yang minta beri peluang…
Walaupun ramai yang kecam, tak kurang juga yang cuba pertahankan Nora. Bagi mereka, mungkin Nora masih dalam proses belajar selepas berhijrah, jadi wajar untuk orang ramai beri ruang dan peluang.
Ada netizen kata, tak salah pun kalau nak berniaga, tapi mungkin cara promosi tu kena lebih berhati-hati supaya tak mengundang salah faham orang ramai.

Nora Danish nafi kopiah berkait dengan dakwaan dia akan berkahwin…
Disebabkan spekulasi tentang perkara ini semakin tak terkawal, Nora sudahpun menjelaskan dia tidak akan berkahwin. Gambar dan video yang viral itu dikatakan hanyalah kempen untuk mempromosikan produk dan tiada kaitan personal dengan kehidupannya.
BACA: Nora Danish Akhirnya Bersuara Mengenai Dakwaan Kahwin 8 September
Pssttt! Bila kita dah jadi public figure, setiap benda kecil pun orang akan perhatikan. Kadang niat tu baik je, tapi cara penyampaian boleh jadi isu. Ohmedia rasa, benda ni boleh jadi pengajaran untuk kita semua, berhati-hati dalam setiap tindakan, lebih-lebih lagi bila melibatkan perkara sensitif macam agama. Untuk Nora pula, harap korang bagi ruang untuk dia terus belajar dan perbaiki diri.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





