Norway mahu sekat akses media sosial kanak-kanak

Norway mahu sekat akses media sosial kanak-kanak
Norway mahu sekat akses media sosial kanak-kanak

Media sosial memberi lebih banyak kesan buruk kepada golongan remaja dan kanak-kanak. – Foto Agensi

OSLO – Norway pada Jumaat mengumumkan ia akan membentangkan rang undang-undang (RUU) untuk melarang individu di bawah usia 16 tahun menggunakan media sosial.

“Kami memperkenalkan undang-undang ini demi untuk memastikan golongan itu menikmati zaman kanak-kanak mereka sepenuhnya.

“Permainan, persahabatan dan kehidupan harian tidak seharusnya dikuasai algoritma serta skrin. Ini adalah langkah penting bagi melindungi kehidupan digital kanak-kanak,” kata Perdana Menteri, Jonas Gahr Stoere.

Bagaimanapun, pemerintah tidak menyatakan aplikasi yang akan menjadi sasaran langkah tersebut.

Oslo dijangka membentangkan RUU tersebut di Parlimen pada akhir tahun ini.

Beberapa negara Eropah kini berusaha melaksanakan larangan serupa dengan mencontohi langkah Australia yang menjadi perintis inisiatif itu pada Disember 2025. – Agensi

Scroll to Top