Jenama kelengkapan bayi premium global, Nuna memperkenalkan VIAA™ cabn, stroller kabin pertamanya yang direka khusus bagi memudahkan perjalanan ibu bapa bersama anak kecil, terutama ketika menaiki pesawat.
Menawarkan gabungan reka bentuk kompak, ringan dan praktikal, stroller berkenaan membolehkan ibu bapa bergerak dengan lebih mudah tanpa perlu bersusah payah menguruskan stroller ketika berada di lapangan terbang.


VIAA cabn direka mengikut piawaian saiz kabin Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) apabila dilipat dan bar hadapannya ditanggalkan, sekali gus membolehkannya disimpan di ruang penyimpanan atas pesawat tertakluk kepada syarat syarikat penerbangan.


Dengan berat hanya 7.6 kilogram, stroller itu boleh dilipat dalam beberapa saat dan dilengkapi tali pembawa yang boleh ditarik bagi memudahkan pengguna menyandangnya di bahu ketika tidak digunakan.
Selain itu, VIAA cabn turut menawarkan kemudahan sistem perjalanan menerusi keserasian dengan kerusi kereta bayi siri Nuna PIPA™ yang boleh dipadankan secara terus hanya dengan satu klik tanpa memerlukan adaptor.

Dari segi ciri keselamatan dan keselesaan, stroller berkenaan dilengkapi kanopi boleh laras dengan perlindungan UPF 50+, ciri kalis air serta pelindung matahari tambahan bagi memberikan perlindungan kepada bayi ketika berada di luar.
Ia turut menyediakan bakul simpanan berkapasiti sehingga 10 kilogram serta beg penyimpanan khas untuk memudahkan pembawaan ketika mengembara.

VIAA cabn ditawarkan dalam lima pilihan warna ikonik iaitu Calla, Caviar, Chateau, Seasalt dan Thunder, dengan penggunaan disyorkan dari usia bayi baru lahir sehingga mencapai berat 22 kilogram.
Pengenalan produk berkenaan memperluaskan pilihan kelengkapan perjalanan Nuna, khususnya buat ibu bapa moden yang mengutamakan kemudahan, mobiliti dan keselesaan ketika membawa anak kecil ke destinasi pilihan.




