OLIMPIK: Hoy menang pingat pada usia 62 tahun

TOKYO: Atlet Australia Andrew Hoy muncul pemenang pingat tertua Olimpik sejak tahun 1968 apabila memenangi perak acara eventing berpasukan di Olimpik Tokyo semalam.

Ia adalah pingat Olimpik kelima atlet berusia 62 tahun itu – tiga daripadanya adalah emas – tetapi yang pertama sejak Sydney 2000.

Hoy kemudian menambah pingat gangsa ke dalam koleksinya menerusi eventing individu di Tokyo.

“Saya sebenarnya bangga orang mengatakan betapa tuanya saya kerana ketika menceburi sukan ini saya bangga apabila menjadi ahli termuda pasukan.

“Apabila orang berjumpa saya di perkampungan sukan mereka akan bertanya, ‘Adakah anda seorang pegawai?’

“Dan saya akan jawab, ‘Saya seorang atlet’,” kata Hoy yang meraih pingat Olimpik pertamanya pada tahun 1992.

Hoy bagaimanapun masih belum mengatasi rekod atlet Switzerland, Louis Noverraz yang memenangi perak acara pelayaran pada usia 66 tahun di Olimpik Mexico City pada tahun 1968. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd