JAKARTA – Sebuah helikopter yang terlibat dalam operasi mengawal kebakaran hutan di Indonesia terhempas ke sungai ketika menjalankan misi menyedut air pada Ahad.Menurut pihak berkuasa dua anggota kru berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang.Kejadian di wilayah Kalimantan Selatan, Pulau Borneo itu merupakan nahas kedua dalam tempoh beberapa hari selepas sebuah helikopter tentera terhempas di perairan Borneo dan mengorbankan tiga individu pada Rabu lalu.Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, Berton Panjaitan berkata, dua warga Australia yang berada dalam helikopter itu terselamat.Berdasarkan rakaman video orang awam, helikopter itu dipercayai hilang kawalan selepas menyedut air sungai menggunakan beg khas atau bambi bucket.Helikopter jenis Eurocopter EC225LP Super Puma itu dimiliki sebuah syarikat yang dilantik oleh agensi pengurusan bencana untuk melaksanakan operasi pengeboman air.Pada Rabu lalu, sebuah helikopter yang membawa lapan individu terhempas ketika menjalankan misi memadam kebakaran di Taman Negara Tanjung Puting yang merupakan habitat hidupan liar termasuk orang utan Borneo dikategorikan sebagai spesies terancam kritikal.Menurut kenyataan tentera, kejadian berlaku ketika pesawat itu sedang menyedut air laut untuk operasi pengeboman air. Punca nahas masih disiasat. – Agensi
Operasi padam kebakaran hutan Indonesia bertukar tragedi, helikopter kedua terhempas