Tampil sepentas bersama aktres, Sophia Albarakbah di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), Ahad lalu, bukan sesuatu yang mudah buat penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Penampilan itu mencetuskan tanda tanya ramai selepas Bella dilihat kurang selesa, malah ekspresinya jelas menggambarkan keresahan sekali gus mencetuskan spekulasi netizen.
Enggan terus membiarkan penyanyi itu disalah tafsir, pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq tampil mempertahankan selebriti itu.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs) Niel menjelaskan, apa yang disaksikan di pentas bukanlah sikap dingin, sebaliknya reaksi Bella akibat trauma lama yang masih bersisa.
“Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia. Dia gigil sebab dia trauma.
“Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga harini. Sebab Bella selalu pesan pada kami yang penting Allah tahu. Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar,” katanya.
Kenyataan itu seolah-olah merujuk kepada isu kontroversi lama melibatkan Sophia yang pernah dikaitkan sebagai ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Bella dan bekas suaminya, aktor Aliff Aziz sebelum ini.
Niel turut menyelar pihak tertentu yang menurutnya, tampil bersikap seolah-olah ‘tidak bersalah’ di hadapan khalayak.
“Jangan pura-pura tak bersalah,” tulisnya ringkas.

