Pahang nafi Tanah Rizab Melayu negeri itu makin kurang

Pahang nafi Tanah Rizab Melayu negeri itu makin kurang

am@hmetro.com.my

Kuantan: Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan kawasan Tanah Rizab Melayu di Pahang semakin berkurangan.

Beliau berkata, dakwaan itu satu fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan kerajaan negeri.

“Saya ingin memberi penjelasan mengenai satu hantaran di laman TikTok yang mendakwa kawasan Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang semakin berkurangan.

“Saya ingin menegaskan bahawa kawasan Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang sejak 1955 sehingga 2023 semakin bertambah daripada 218,326 hektar kepada 444,074 hektar berbanding keluasan negeri Pahang iaitu 3,597,206.68 hektar iaitu pertambahan daripada enam peratus kepada 12.34 peratus.

“Oleh yang demikian, saya menafikan sekeras-kerasnya hantaran tersebut dan ia merupakan satu fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan kerajaan negeri.

“Ini kerana kerajaan negeri sentiasa memastikan Tanah Rizab Melayu terus dipertahankan dan kerajaan negeri juga akan terus melaksanakan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di atas tanah kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top