Jurulatih kecergasan kontroversi, Tareq Fit baru-baru ini meluahkan rasa berang dengan penyampai radio terkenal, Pak Azad yang didakwa menghina ibunya.
BACA: Kamal Adli Minta Tareq Fit Berhenti Cari Salah Orang
Difahamkan, Tareq dan Pak Azad bergaduh menerusi ruangan mesej di Instagram. Namun, mesej itu dikongsi semula Tareq di Thread.
Tareq Fit berang Pak Azad main ‘mak’
Menurut Tareq, Pak Azad bersikap kurang ajar dan tidak menerima tegurannya mengenai aurat isteri dan perbuatan berjoget di media sosial.


Selain itu, Tareq turut menyatakan bahawa dirinya tidak pernah membuka aib sesiapa secara terbuka sebelum ini, namun terpaksa bersuara kerana isu tersebut sudah melampaui batas.


Di ruangan, pelbagai respon yang diberikan orang ramai berhubung isu ini. Ada yang menyokong Tareq, namun tidak kurang juga yang tampil mempertahankan Pak Azad.



Malah, ada juga netizen yang menasihati supaya kedua-dua pihak tidak terus memanjangkan isu sehingga menjadi lebih besar.
Pssttt! Bila melibatkan keluarga, memang mudah untuk emosi jadi panas. Tapi dalam dunia media sosial hari ini, setiap kata boleh jadi besar dan mengundang pelbagai tafsiran. Lebih baik selesaikan secara matang tanpa perlu membuka aib atau melibatkan orang lain, terutama ahli keluarga.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




