PAS tak terima sebarang tawaran sertai Kerajaan Perpaduan – Takiyuddin

PAS tak terima sebarang tawaran sertai Kerajaan Perpaduan – Takiyuddin

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat berhubung pendirian DAP mengenai kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan yang dijangka diputuskan pada 16 Ogos ini.

PAS tak terima sebarang tawaran sertai Kerajaan Perpaduan – Takiyuddin

Memetik laporan Harian Metro, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang maklumat atau tawaran untuk menyertai kerajaan.

“Untuk 16 Ogos ini kita tunggu dan lihat, kita juga tidak menerima sebarang risikan atau tawaran tawaran (sertai kerajaan).
“Setakat ini saya mengesahkan tiada dan memang tiada (tawaran),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Muktamar Tahunan PAS Kali ke-72 di sini, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan DAP dijangka menentukan pendiriannya berhubung kedudukan parti itu dalam kerajaan menerusi Persidangan Kebangsaan DAP yang akan berlangsung pada 16 Ogos ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata, satu usul berkaitan perkara berkenaan akan dibawa untuk pertimbangan perwakilan sebelum diputuskan oleh hampir 4,000 perwakilan yang layak menghadiri persidangan tersebut.

Artikel lain:DAP pimpin PH sambung kerja penjajah, hapus Melayu Islam – Abdul Hadi

Menurutnya, persidangan itu juga bakal menjadi penentu kepada hala tuju dan penglibatan DAP dalam landskap politik negara pada masa hadapan.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Scroll to Top