PMX dipantau dua hari

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dan prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Sehubungan itu, beliau turut memohon supaya orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur Perdana Menteri dipermudahkan serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat.

“Insya-ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Scroll to Top