Pelajar tingkatan tiga hilang lepas sekolah ditemukan di rumah kawan

Pelajar tingkatan tiga hilang lepas sekolah ditemukan di rumah kawan

am@hmetro.com.my

Iskandar Puteri: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Indah di sini, yang dilaporkan hilang selepas sesi persekolahan tamat pada kelmarin, ditemukan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, Nur Iman Iskandar Abdullah, 15 ditemukan oleh pihak polis di rumah keluarga rakan sekolahnya di kawasan Bukit Indah di sini

“Nur Iman Iskandar dalam keadaan selamat pada jam 9.30 malam dan hasil siasatan mendapati Orang Hilang (OH) berlaku selisih faham dengan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan OH disedari hilang oleh keluarganya selepas tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan, Jumaat lepas.

Laporan kehilangan pelajar lelaki tingkatan tiga itu dilaporkan bapanya berumur 36 tahun, kira-kira 4 petang pada hari sama di Balai Polis Taman Bukit Indah

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top