Pelawak Berusia 40 Tahun Disyaki Rogol Gadis 

Pelawak Berusia 40 Tahun Disyaki Rogol Gadis 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat hari ini mengesahkan penangkapan seorang pelawak yang juga bekas peserta sebuah program realiti komedi stesen televisyen berbayar tempatan.

Menurut Raub, penangkapan yang dilakukan pada pagi Khamis itu adalah atas kesalahan merogol seorang gadis berusia 20 tahun.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudian berjaya ditahan di sekitar bandar raya Johor dan kini direman selama lima hari.

“Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini.

“Suspek telah dikenakan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 2 Disember depan,” katanya kepada pemberita.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.

Kes ini juga dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Kosmo

Scroll to Top