Pelbagai aktiviti meriahkan sambutan ulang tahun ke-30 MODA

Pelbagai aktiviti meriahkan sambutan ulang tahun ke-30 MODA

KUALA LUMPUR – Bersempena ulang tahun ke-30, Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA) menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di Balai Seni Negara sepanjang Disember ini.

Kira-kira 35 pereka fesyen tempatan terkenal bakal menyertai pertunjukan antaranya 3duelabel, Shikah Grover, Ashley Wong, Victor Khoo dan ramai lagi.

Dalam masa yang sama, Presiden MODA, Melinda Looi turut melancarkan buku Malaysian Fashion: A Journey in Colour, baru-baru ini.

Penerbitan coffee table itu mendapat kerjasama Pensyarah Kanan Pengurusan Fesyen Kolej Pengajian Tinggi Raffles, Sabi Sohrahbi bersama Ahli Jawatankuasa Latihan dan Pendidikan MODA, Juita Jalil.

Turut diadakan pertandingan mewarna ‘MODA-MIYO’ bagi kategori kanak-kanak antara u4 hingga 12 tahun pada 3 dan 4 Disember untuk memberi peluang kepada si cilik mengasah bakat kreatif yang menawarkan hadiah wang tunai.

Selain itu, bengkel “Trunk Show” serta forum seni yang dikendalikan ahli MODA turut diadakan untuk pengunjung.

Bengkel tersebut diadakan khusus untuk perkongsian ilmu dalam bidang rekaan seni.-MalaysiaGazette