Pemain wanita Orang Asli PSM-MARA mula menyerlah

Pemain wanita Orang Asli PSM-MARA mula menyerlah

sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Program melahirkan pemain sepak takraw wanita Orang Asli anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)-MARA kini mula menampakkan hasil yang diinginkan.

Mendapat sentuhan bekas ketua jurulatih kebangsaan, Haris Abdul Rahman, prestasi barisan pemain berkenaan kini sudah mula mendapatkan kejayaan apabila diberi peluang menyertai kejohanan di pentas kebangsaan.

Bagi Haris, Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke 58 di Akademi Sepaktakraw Malaysia, Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur, minggu lalu menjadi kayu pengukur keupayaan pemain terbabit.

Menurutnya, lima pemain yang dibentuk sejak awal tahun ini diberi peluang beraksi bagi menimba pengalaman berhadapan pasukan senior.

“Saya yakin barisan pemain yang ada, Nur Adriena Firnaross Bah, Mia Maisarah Norhisham, Noraiba Hamid, Umie Rasif dan Zahiraniza Saruddin mampu menyerlah dalam masa beberapa tahun lagi.

“Tiga pemain terbabit berjaya menarik minat panel pemilihan pasukan pelapis wanita kebangsaan (Malaysia B) untuk disenaraikan dalam sesi pemilihan pasukan berkenaan. Dua pemain terbabit iaitu Zahiraniza dan Noraiba,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, dia akan terus berusaha mengasah bakat pemain terbabit untuk muncul pemain kebangsaan suatu hari nanti.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top