Peminat bola sepak sanggup datang dari jauh meriahkan Riuh BOLA SINAR

Peminat bola sepak sanggup datang dari jauh meriahkan Riuh BOLA SINAR

SHAH ALAM – Keterujaan menyaksikan aksi final Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung menyaksikan peminat bola sepak sanggup datang dari jauh bagi memeriahkan program Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM di Restoran Hakim Baru, Seksyen 7, di sini pada Ahad.

Pekerja kilang, Mohd Hafiz Shakir, 20, berkata, dia bersama rakannya datang dari Kuala Selangor semata-mata untuk menyaksikan perlawanan akhir membabitkan Sepanyol dan Argentina yang disiarkan secara langsung di lokasi program.

Menurutnya, mereka sanggup menunggang motosikal dengan jarak yang jauh kerana tidak mahu melepaskan peluang merasai sendiri kemeriahan program berkenaan.

“Kebetulan esok saya cuti, jadi kami ambil peluang datang tengok bola di sini.

“Suasana memang meriah, ramai peminat berkumpul dan banyak aktiviti menarik disediakan, memang berbaloi datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Rahman Isa, 32, pula, kunjungannya ke program berkenaan berlaku secara kebetulan ketika berada di Shah Alam.

Ujarnya, dia pada mulanya bercadang mencari sebuah restoran mamak untuk menonton perlawanan akhir sebelum tertarik melihat suasana meriah di Restoran Hakim Baru.

Peminat bola sepak berkumpul sejak petang bagi memeriahkan program Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM di Restoran Hakim Baru, Seksyen 7, di sini pada Ahad.

Peminat bola sepak berkumpul sejak petang bagi memeriahkan program Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM di Restoran Hakim Baru, Seksyen 7, di sini pada Ahad.

“Saya lalu di kawasan ini dan nampak ramai orang memenuhi restoran, saya terus singgah.

“Memang tak sangka sambutannya begitu meriah, seronok sebab bukan setakat tengok bola, tetapi ada pelbagai pertandingan dan aktiviti yang boleh disertai,” katanya.

Program Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM yang berlangsung pada 19 dan 20 Julai itu diadakan selama 12 jam bermula jam 5 petang hingga 5 pagi dengan pelbagai pertandingan serta aktiviti interaktif untuk semua peringkat umur.

Antara pengisian program ialah Teka Skor Sinar Harian x redONE Mobile, Gelecek Bola Mantap redONE Mobile, Gol Celebration Juara redONE Mobile, Ulasan Bola PRO redONE Mobile, Kejohanan 2v2 EA FC PS5 serta Smart-Striker-Lympics Challenge yang menawarkan pelbagai hadiah wang tunai dan hadiah eksklusif kepada peserta.

Scroll to Top