Perdana Menteri jawab isu KWAP di Dewan Negara esok

Perdana Menteri jawab isu KWAP di Dewan Negara esok

IPOH: Perdana Menteri akan menjelaskan isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery di Dewan Negara, esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KWAP mempunyai panel pelaburan serta lembaga sendiri yang menguruskan keputusan pelaburan, namun enggan mengulas lanjut sehingga dibentangkan esok.

Menurutnya, beliau akan membentang fakta mengenai isu tersebut dalam Dewan Negara.

“Saya tak mahu bagi alasan, biar kita bagi apa faktanya esok dalam Dewan Negara.

“KWAP itu betul, dia bawah keseluruhannya. Tapi ini syarikat kewangan, pegangan pencen, dana pencen, ada panel pelaburan, lembaga, dia tak lapor pada kita.” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, di sini hari ini.

KWAP menjadi mangsa penipuan kira-kira RM200 juta oleh sebuah syarikat pemula akuakultur Indonesia, eFishery.

Pada Julai 2023, KWAP dilaporkan melabur sebanyak AS$47.7 juta atau bersamaan kira-kira RM200 juta.

Anwar berkata, keputusan pelaburan eFishery dibuat setelah melalui proses penilaian­ dan tadbir urus berdasarkan mak­lumat tersedia yang me­rangkumi pengesahan penyata kewangan daripada juruaudit antarabangsa bertauliah.

Beliau berkata, konsortium pelabur termasuk KWAP sudah melaksanakan usaha wajar bebas untuk memastikan semua maklumat adalah lengkap dan sahih bagi pertimbangan pelaburan. – UTUSAN

Scroll to Top