London Derby: Perhitungan Mourinho, Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

London: Jose Mourinho akan membawa pasukannya yang kini berada di puncak liga untuk berdepan bekas kelab bimbingannya, Chelsea pada awal pagi Isnin ini.

Empat kemenangan berturut-turut membawa Spurs mengutip 20 mata selepas sembilan perlawanan manakala skuad Frank Lampard pula berada dua mata di belakang mereka.

Mourinho yang digelar ‘The Special One’ pasti mempunyai sesuatu untuk dibuktikan berdepan Lampard yang merupakan bekas pemainnya dan pernah bersama-sama meraih dua gelaran liga di Stamford Bridge.

Untuk rekod, Mourinho dan bekas pemain tengah Chelsea itu sudah berdepan empat kali dalam pelbagai kejohanan.

Lampard menewaskan Mourinho pada pertemuan kali pertama apabila pasukan bimbingannya ketika itu iaitu Derby County menyingkirkan Manchester United dalam saingan Piala Liga menerusi sepakan penalti pada 2018.

Selaku pengurus Chelsea pula, Lampard sudah dua kali mengatasi bekas bosnya itu iaitu dalam saingan Liga Perdana musim lepas.

Dalam pada itu, Mourinho enggan bercakap mengenai gelaran juara selepas kemenangan 2-0 mengatasi Manchester City minggu lalu yang meletakkan mereka di persada liga.

“Orang tidak boleh menjangkakan kami untuk datang ke sini dan selepas semusim kami bertarung untuk gelaran”, katanya kepada BBC.

“Kami bukan bertarung untuk gelaran, kami hanya bertarung untuk menang semua perlawanan. Tapi kami akan tewas juga perlawanan, kami akan seri”, katanya lagi.

Sumber: BH

Akmal Hakim
Sports Desk