Setuju sertai pasukan Tok Gajah

Pahang: Lee Tuck dan Sergio Aguero sah menyertai pasukan Pahang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mereka berdua bersetuju menyarung jersi skuad Tok Gajah setelah mengadakan perbincangan.

Pengesahan dua pemain import itu diumumkan oleh pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang yang mengharapkan bahagian tengah dan serangan Pahang menjadi lebih bagus.

Menurutnya, kehadiran dua pemain import ini diyakini mampu memperkuatkan pasukan yang akan turut dibarisi dua lagi kuota import baru dari Asia dan Asia Tenggara. Dalam pada itu, cuma Herold Goulon sahaja yang kekal bersama Pahang.

Ditanya mengenai kuota dua pemain dari Asia dan Asia Tenggara, Suffian berkata bahawa pilihan pemain adalah antara dari negara Palestin, Korea Selatan, Australia dan Singapura.

Menurutnya, pemain itu akan mengisi posisi di bahagian serangan dan pertahanan. “Oleh itu, kita harap dapat menyenaraikan lima pemain import dalam masa terdekat”, katanya.

Sumber: Sport Malaya

Akmal Hakim
Sports Desk