Mike Tyson memberi makan anjingnya kek khas

London: Mike Tyson memberi makan anjingnya hadiah istimewa ‘Thanksgiving’ – kek Roy Jones Jr. Lelaki digelar Paling Jahat di planet itu akan kembali ke gelanggang buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun esok. Iron Mike, 54, kembali memakai sarung tangan bagi pertarungan dengan bekas legenda, Jones Jr dalam pertarungan paling dinantikan yang sudah mendapat sambutan hangat.

Dan dia membuat keputusan menambah kehangatan itu dengan berkongsi gambar haiwan peliharaannya itu memakan kek yang dibuat menyerupai muka lawannya itu.
Tyson mencipta akaun Instagram dengan nama anjingnya Mars Tyson, dan memuat naik gambar itu tidak sampai 48 jam sebelum pertarungan itu.
Dia menulis: Terima kasih kepada kawan saya @miketyson kerana menjadikan ini #thanksgiving terhebat. @royjonesjrofficial sangat sedap.

Selain sukan tinju, kedua-dua bintang itu berkongsi minat sama mencintai haiwan.
‘Iron Mike’ pernah memiliki harimau, meminati burung merpati dan memelihara anjing.
Jones Jr pula pakar ular, gemar bergambar dengan ayam serta memiliki dua ekor Pit Bulls dan Golden Retriever.

– Berita Agensi