Ekspresi diri dengan botol minuman

asmaini@mediaprima.com.my

ADA yang memulakan hari dengan secawan kopi panas, malah ramai yang sentiasa membawa sebotol minuman sejuk ke mana-mana.

Perihal botol minuman pula, ada yang menggemari botol tumbler dengan reka bentuk minimalis dan kemas.

Ramai juga yang selesa menyelitkan aksesori dan hiasan ceria yang berwarna-warni.

Hakikatnya, tiada dua individu menjalani kehidupan dengan cara yang sama, jadi mengapa perlu membawa botol yang sama?

Menyedari hakikat itu, Montigo memperkenalkan kempen gaya hidup terbaharu, ‘Drink Your Way’, bagi meraikan keperibadian, ekspresi diri dan rutin harian yang menjadikan setiap individu adalah unik.

Lebih daripada sekadar kempen, ia turut menandakan evolusi jenama itu, dengan mengajak orang ramai menerokai pengalaman menggunakan barangan minuman yang direka berdasarkan identiti diri, cara menjalani kehidupan dan perkara yang paling penting bagi mereka.

Dalam dunia yang mana segala-galanya daripada senarai main muzik hingga sarung telefon boleh diperibadikan, jenama itu percaya barangan minuman juga seharusnya tidak terkecuali.

Apa jua rentak kehidupan, personaliti atau rutin harian anda, koleksi berkenaan menghimpunkan rangkaian barangan minuman yang direka untuk disesuaikan dengan keperluan gaya hidup.

Rangkaian ‘Ace Bottle’, yang tersedia dalam saiz Mega, Medium, Mini dan Micro, adalah botol minuman bagi membolehkan setiap kombinasi mencerminkan personaliti dan gaya berbeza.

Manakala ‘Roamer Tumbler’ dan ‘Essential Tumbler’ pula direka untuk kalis bocor bagi menemani anda daripada perjalanan ke tempat kerja hingga waktu bersantai pada sebelah petang.

Jika sentiasa bergerak, koleksi ‘Go Bottle’ menggunakan bahan Tritan bebas BPA sesuai dijadikan pilihan kerana ia ringan, tahan lasak dan mudah dibawa ke mana-mana.

Sekiranya mengidam kopi panas pula, koleksi ‘Sense Coffee Cup’ adalah pilihan sesuai kerana ia dapat memastikan minuman kekal pada tahap terbaik selama berjam-jam.

Inginkan sesuatu yang praktikal dan mengikut trend?, koleksi ‘Bubble Bottle’ memjadi bukti bahawa sesuatu yang praktikal juga mampu menarik perhatian.

Hadir dalam bentuk buih melengkung yang menjadi identiti serta siluet langsing untuk mudah dimasukkan ke dalam beg penuh atau pemegang cawan, ia menawarkan kemudahan mendapatkan hidrasi walau di mana berada.

Sementara itu, bagi memeriahkan lagi kempen itu, jenama itu mengadakan ‘Drink Your Way Pop-Up’ istimewa yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, baru-baru ini.

Ia turut diceriakan dengan penampilan eksklusif pelakon dan personaliti fesyen terkenal Thailand, Kornnaphat Sethratanapong, untuk bersama-sama meraikan semangat menjadi diri sendiri yang unik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top