Perjuangan Izzah dalam acara keirin berakhir

Perjuangan Izzah dalam acara keirin berakhir

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam acara keirin, sebentar tadi.

Berlumba bersama pemilik rekod dunia acara pecut dari Kanada, Kelsey Mitchell, Nurul Izzah memimpin perlumbaan sebelum pacer meninggalkan trek.

Dia meletakkan dirinya di belakang sekali untuk memantau pecutan pelumba lain sebelum menempatkan dirinya di kedudukan ketiga dan mengejar rapat Katy Marchant.

Namun di garisan penamat, Kelsey pertama melepasinya diikuti Katy manakala Nurul Izzah di kedudukan ketiga.

Terdahulu, Nurul Izzah mengakhiri saingan awal keirin di tempat keempat sekali gus tidak layak secara automatik ke pusingan kedua.

Namun, pelumba muda itu masih lagi berpeluang untuk merebut pingat apabila akan turun bersaing dalam acara pecut individu wanita Jumaat ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top