Pertumbuhan ekonomi 6% pencapaian sangat baik, tingkat keyakinan pelabur – PM Anwar

Pertumbuhan ekonomi 6% pencapaian sangat baik, tingkat keyakinan pelabur – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertumbuhan ekonomi enam peratus pada suku kedua tahun ini merupakan satu pencapaian sangat baik yang akan memberi keyakinan kepada pelabur terhadap Malaysia.

Menurut laporan Bernama, bagaimanapun beliau menegaskan pertumbuhan tersebut tidak wajar disalah tafsir sebagai petunjuk peningkatan hasil negara secara langsung.

Pertumbuhan ekonomi 6% pencapaian sangat baik, tingkat keyakinan pelabur – PM Anwar

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tanggapan bahawa pertumbuhan yang tinggi akan membolehkan kerajaan menjana hasil lebih besar serta dapat meningkatkan perbelanjaan, adalah tidak tepat dari sudut ekonomi.

“Ramai yang tanya, dah catat enam peratus pertumbuhan (kadar Keluaran Dalam Negara Kasar), ….sepatutnya hasil tinggi, dan belanja boleh lebih banyak. Tapi itu tak betul.

Scroll to Top