am@hmetro.com
Taiping: Pesakit dan petugas kesihatan parah selepas ambulans dinaiki terbabas ke dalam parit di Jalan Tol Kamunting menghala Taman Berkat, di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 3.30 pagi dengan ambulans berkenaan dalam perjalanan ke Parit Buntar.
“Terdapat empat mangsa di dalamnya, iaitu tiga kakitangan kesihatan dan seorang pesakit lelaki berusia 68 tahun.
“Kejadian menyebabkan dua mangsa parah (termasuk pesakit), manakala pemandu serta petugas wanita cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, anggota bomba membantu mengeluarkan tiga mangsa dari ambulans berkenaan, manakala seorang mangsa dikeluarkan orang awam.
Katanya, semua mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan dan operasi tamat pada 4.20 pagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




