Pesawat Israel serang Gaza, lapor radio Hamas




Anggota bomba Israel memadamkan kebakaran berpunca daripada belon pembakar yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza hari ini. (Gambar AP)

GAZA: Stesen radio Hamas melaporkan pesawat Israel menyerang sebuah kem latihan Palestin di Semenanjung Gaza hari ini, serangan pertama Israel di kawasan berkenaan sejak gencatan senjata mengakhiri pertempuran merentas sempadan bulan lalu.

Pihak tentera Israel tiada komen segera mengenai laporan tersebut, susulan pelancaran belon pembakar dari Gaza yang menurut bomba Israel telah menyebabkan 20 kebakaran di padang terbuka di komuniti berhampiran sempadan.

Hamas mengancam untuk mengambil tindakan sebagai tindak balas terhadap perarakan nasionalis Israel hari ini melalui Baitulmuqaddis Timur.

Terdahulu, Perdana Menteri baharu Israel, Naftali Bennett berkata, kerajaannya tidak patut bertolak ansur dengan belon pembakar, dan mesti membalas seolah-olah Hamas menembak roket ke Israel.