Piala Dunia Remaja: Young Tigers gagal mara suku akhir

Piala Dunia Remaja: Young Tigers gagal mara suku akhir

KUALA LUMPUR – Skuad hoki remaja Malaysia gagal mara ke suku akhir selepasd ibelasah Australia 5-2 pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil  hari ini.

Kekalahan itu melengkapkan aksi mereka dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di tangga ketiga apabila hanya mampu mengutip tiga mata daripada satu kemenangan ke atas Chile dalam perlawanan pembukaan Selasa lalu.

Australia mengiringi Argentina mara ke suku akhir setelah mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan satu kekalahan untuk muncul naib juara Kumpulan A.

Sementara juara bertahan, Argentina mengungguli kedudukan teratas kumpulan dengan sembilan mata apabila skuad bimbingan Juan Gilardi itu membenam Chile 8-0 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Kegagalan Malaysia ke mara ke suku akhir, menyaksikan Young Tigers akan beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ke-9/16 menentang pasukan di tangga keempat Kumpulan B iaitu Mesir, Isnin ini. – MalaysiaGazette