Pihak berkuasa UAE bertindak balas terhadap kebakaran di loji petrokimia Borouge

Pihak berkuasa UAE bertindak balas terhadap kebakaran di loji petrokimia Borouge
Pihak berkuasa UAE bertindak balas terhadap kebakaran di loji petrokimia Borouge

Pihak berkuasa Abu Dhabi bertindak balas terhadap beberapa kebakaran di loji petrokimia Borouge – Foto: AP

ISTANBUL – Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang bertindak balas terhadap beberapa kebakaran yang berlaku di loji petrokimia Borouge susulan serpihan daripada pemintasan “berjaya” oleh sistem pertahanan udara, menurut Pejabat Media Abu Dhabi pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Operasi di kemudahan itu telah digantung serta-merta sementara kerosakan dinilai,” menurut pejabat itu menerusi platform media sosial X.

Ia memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu, sambil menambah bahawa “kemas kini akan diberikan sebaik sahaja maklumat lanjut diperoleh.”

Pegawai turut meminta orang ramai supaya hanya merujuk kepada sumber rasmi.

Insiden itu berlaku ketika permusuhan di rantau berkenaan semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. Iran turut mengehadkan pergerakan kapal melalui Selat Hormuz. – Bernama

 

 

 

 

Scroll to Top