PKPD di Kampung Tringgus ditamatkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, Kuching, Sarawak dijadual tamat esok.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat kes positif Covid-19 telah direkodkan.

Menurutnya, KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

”Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak pada 21 Mac 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, katanya, Task Force Operasi Pematuhan telah menahan enam  individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard dan daripada jumlah itu, kesemua mereka dikenakan kompaun.

Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (4) dan gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (2). – MalaysiaGazette