Kuala Lumpur : PMG Healthcare Group menerima Anugerah BestBrands 2026 bagi Kemajuan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan daripada The BrandLaureate.
Ia satu pengiktirafan berprestij yang menghargai jenama yang menunjukkan kecemerlangan, inovasi, kepimpinan serta sumbangan cemerlang kepada industri masing-masing.
Anugerah ini adalah satu lagi pencapaian penting buat PMG Healthcare Group dan mencerminkan kepercayaan serta keyakinan yang diberikan oleh jutaan rakyat Malaysia.
Sekali gus mengukuhkan visi PMG untuk menjadi Kumpulan Penjagaan Kesihatan Primer Bersepadu No. 1 di Malaysia, dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah diakses, mampu milik dan profesional menerusi ekosistem penjagaan kesihatan yang komprehensif.
Sejak penubuhannya, PMG telah berkembang daripada rangkaian farmasi tradisional kepada antara penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan primer bersepadu yang paling pesat berkembang di Malaysia.
Kini, kumpulan itu mengendalikan lebih 260 pusat perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh negara, sekali gus membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada komuniti.
Melalui penyepaduan pelbagai perkhidmatan kesihatan di bawah satu jenama yang dipercayai, PMG membolehkan rakyat Malaysia menikmati perjalanan penjagaan kesihatan yang lebih lancar, bermula daripada pencegahan dan pengesanan awal penyakit sehingga rawatan, rehabilitasi serta pengurusan kesihatan secara berterusan.
Berpandukan misinya untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mampu milik, mesra dan profesional, PMG terus melabur dalam inovasi digital, meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan serta memperkukuh pendekatan penjagaan yang berpusatkan pesakit.
Menerusi rangkaian penjagaan kesihatan di seluruh negara, ekosistem keahlian digital dan sokongan tenaga profesional pelbagai disiplin, kumpulan itu kekal komited untuk meningkatkan tahap kesihatan individu dan keluarga di seluruh Malaysia.
Penerimaan Anugerah BestBrands 2026 bagi Kemajuan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan menjadi bukti komitmen berterusan PMG terhadap kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan, kualiti perkhidmatan dan inovasi yang berterusan.
Pengarah Urusan merangkap Pengasas PMG Healthcare Group, Dr. Chieng King Chong berkata pengiktirafan berkenaan menjadi pemangkin kepada usaha mereka untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penjagaan kesihatan primer bersepadu pilihan rakyat, di samping memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk semua.
“Pengiktirafan ini adalah milik seluruh warga PMG yang sentiasa berdedikasi memberikan perkhidmatan kepada komuniti dengan penuh profesionalisme, keprihatinan dan kecemerlangan.
“Walaupun kami terus berkembang, misi kami tetap sama iaitu memastikan penjagaan kesihatan berkualiti lebih mudah diakses serta menjadi kumpulan penjagaan kesihatan primer bersepadu yang paling dipercayai di Malaysia,” katanya.
PMG Healthcare Group akan terus memperluaskan rangkaian perkhidmatan penjagaan kesihatannya di seluruh negara, memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan bersepadu serta memanfaatkan penyelesaian kesihatan digital bagi menawarkan pengalaman penjagaan kesihatan yang lebih berhubung, mudah, selesa dan diperibadikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




