Polis Australia rampas lebih 300kg syabu bernilai RM302 juta

Polis Australia rampas lebih 300kg syabu bernilai RM302 juta

Rampasan dibuat susulan ABF menyedari terdapat maklumat tidak konsisten dalam dokumen kiriman kapal kargo Thailand itu. (Gambar Twitter)

SYDNEY: Polis Australia memintas kiriman hampir 316kg kristal metamfetamin yang disembunyikan dalam alat pemanggang elektrik dan pemanas air, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Menurut laporan Agensi Berita Xinhua, setelah Pihak Berkuasa Sempadan Australia (ABF) menyedari terdapat maklumat yang tidak konsisten dalam dokumen kiriman itu, pegawai polis menahan kapal kargo Thailand di Pelabuhan Botany di tenggara Sydney pada 4 Mei, membawa 62 kotak kadbod besar yang diisytiharkan mengandungi barang makanan dan peralatan memanggang elektrik.

Semasa pemeriksaan berikutnya, hantaran itu didapati mengandungi kira-kira 316kg bahan kristal metamfetamin, dengan anggaran nilai kasar AUD94.5 juta (RM302 juta).

ABF, Polis Persekutuan Australia, Skuad Jenayah Terancang Pasukan Polis New South Wales dan Suruhanjaya New South Wales melancarkan siasatan bersama.

Polis menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai import berkenaan untuk menghubungi Crime Stoppers, tetapi tidak membenarkan melaporkan maklumat melalui laman media sosial polis.

Scroll to Top