“Post Tanda Tak Kena Solex” – Nama Kena Petik, Hantaran Terbaru Tauke Jambu Jadi Perhatian | Oh! Media

“Post Tanda Tak Kena Solex” – Nama Kena Petik, Hantaran Terbaru Tauke Jambu Jadi Perhatian | Oh! Media

Kecoh diperkatakan hari ini mengenai seorang pelawak yang juga bekas peserta program realiti komedi tempatan ditahan polis atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 20-an di Johor Bahru. 

BACA: Pelawak Ini Ditahan Polis Disyaki Rogol Seorang Gadis

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 2 Disember untuk siasatan lanjut.

Hantaran terbaru Tauke Jambu tarik perhatian

Berita yang tersebar menyebabkan orang ramai tertanya-tanya siapakah pelawak yang dimaksudkan. Sampai ada yang memetik beberapa nama meskipun tiada maklumat sahih daripada polis.

Di Instagram, Tauke Jambu memuat naik satu hantaran video seolah-olah menafikan dirinya terlibat dengan penangkapan tersebut.

Video santai itu menunjukkan dirinya sedang menikmati minuman di Al-Ulum iMart dan cafe.

“Bukan dia guys” – Netizen salah tuduh

tauke
tauke
tauke jambu

Video tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen yang menyokong Tauke Jambu, mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat tuduhan melulu tanpa bukti.

#OhmediaNasihat

Kecoh di media sosial dengan spekulasi seperti ini menunjukkan betapa pentingnya kita mendapatkan fakta yang sahih sebelum membuat tuduhan. Tindakan terburu-buru hanya akan memburukkan keadaan dan mencalarkan reputasi individu yang tidak bersalah. Jaga adab dan bijak menilai berita yang diterima.


Scroll to Top